Sambungan yang lepas….
di mana aku berada |
Semasa tiba di Los Banos, Laguna, aku merasakan berada di area Kota Marudu atau kawasan biasa semasa di Sabah. Dengan wajah-wajah yang hampir serupa dengan penduduk di Sabah, kebanyakan orang masyarakat di sini yang suka di panggil orang dari “probinsya” amat mesra. Almaklumlah masyarakat kampung yang memang suka bermesra dan sentiasa tersenyum. Memang ada terdapat perbezaan yang ketara dengan masyarakat sebelah Manila.
i feel welcomed and felt like home.
Memang masyarakat Filipina amat mesra terutama dari kawasan luar bandar. One thing jangan anda lakukan semasa berada dikalangan mereka, it’s a big No, No, to show your luxury. Jangan sekali-kali tunjukkan anda orang berada atau mempunyai wang yang banyak. Ini adalah kerana, mindset mereka yang asal sahaja pelancong, gerenti kaya atau banyak duit. Ini juga mengelakkan daripada anda diambil kesempatan oleh mereka yang terdesak. Jangan katakan aku tidak ingatkan korang pula.
Semasa berada di Los Banos, aku sempat ke UPLB (University of Philippines, Los Banos) iaitu salah satu cawangan University of Philippines yang sememangnya terkenal dengan lambakan pelajar dari luar negeri yang ramai termasuk dari Malaysia, Korea, Indonesia…..
Tinggalkan Jawapan