Manila Re-Visited 2 #AegisNovaMNL #Ingress

Ok badan dah lepas massage dan baru ada mood nak update benda dilakukan pada hari kedua berada di Philippines. Hari Sabtu telah berlalu maka aku ceritakan pengalaman aku kali ini. Ianya merupakan “peperangan” antara dua pasukan berbeza bagi permainan berdasarkan lokasi iaitu Ingress. Kedua-dua pasukan iaitu Resistance dan Enlightened akan melaksanakan “peperangan” tersebut.

Walaupun pada akhirnya pihak kami iaitu Resistance kalah dalam #AegisNovaMNL, namun aku berasa puas kerana ianya merupakan suatu kejayaan atau “achievement unlocked” bagi aku apatah lagi kehadiran aku selaku agent yang berada On-Site anomaly buat pertama kali kerana sebelum-sebelum ini aku cuma berada off-site dan ianya suatu pengalaman berharga sekali.
Bukan sahaja aku bergerak seawal jam 10 pagi ke lokasi yang telah ditetapkan, aku merasa kepenatan bukan sahaja dari fizikal tetapi juga mental kerana permainan ini memerlukan strategi yang jitu untuk menang.

Aku cuma dapat kembali ke hostel tumpangan aku sekitar jam 12.30 pagi kerana acara “after party” bersama pemain-pemain lain terutama bersama Resistance dari Philippines sendiri. Pengalaman yang sungguh berharga dan hinggakan aku lupa nak tangkap gambar banyak-banyak akibat terlalu leka berbual dengan rakan-rakan baru yang dikenali berbual dari perkara adat istiadat tempatan hingga membicarakan presiden baru Philippines iaitu Duterte.

Ok, aku dah penat dan rasanya nak tidur dengan lena lepas ni. Sambung lagi celoteh aku besok. Selamat malam……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Atas ↑

%d bloggers like this: