Mungkin ramai yang menantikan kesinambungan kisah Rowan Atkinson atau yang lebih popular sebagai Mr. Bean aka Encik Kacang beraksi kembali dalam parodi filem pengintipan dengan watak Johnny English. Ya, kali ini dia dah kembali sebagai watak tersebut. Ini merupakan filem ketiga dalam rangkaian filem Johnny English. Ianya bermula pada tahun 2003, Johnny English lalu pada 2011, Johnny English Reborn dan kali ini untuk 2018 ianya berjudul Johnny English Strikes Again.
![]() |
kredit untuk Universal Film |
Filem ini adalah hiburan ringan yang sesuai untuk seisi keluarga. Ianya bermula dengan Johnny English yang sudah tidak berkhidmat dengan badan MI7 iaitu agensi perisikan British. Dia bekerja sebagai seorang guru geografi tetapi dia mengajar murid-muridnya untuk menjadi pengintip. Sehinggalah dia mendapat sepucuk surat yang dia dikehendaki kembali bertugas sebagai pengintip.Semasa mengadakan pertemuan dengan pengintip-pengintip yang tua, dia secara tidak sengaja “membunuh” rakan-rakan sekerjanya menggunakan pen yang boleh menjadi bahan letupan.
![]() |
kredit untuk Universal Film |
Tinggalkan Jawapan