Ok setelah bahagian pertama 2 hari lepas hari ini aku baru akan menyambung blog entri berkaitan dengan permainan mobile iaitu Ingress. Sekiranya anda belum membaca entri sebelum ini, anda bolehlah ke sini:
Ya, kali ini adalah bahagian kedua. Jadi kesinambungan bagi yang pertama dan aku mau cerita sedikit tentang apa yang ada masa anomaly tersebut. Selain daripada “berperang” masa anomaly itulah setiap pasukan akan memerah otak bagi terutama ketua pasukan beserta dengan intel yang akan membuat penelitian selain daripada perancang.. Setiap anomaly akan berbeza-beza syarat permainan. Ada yang meminta field besar untuk menutupi playbox anomaly bagi mata kemenangan suatu paksi cuma akhir-akhir ini cara permainan tersebut sudah tidak diguna pakai sekarang kerana cara tersebut ada beberapa individu melakukan penipuan atau pun cheat menggunakan teknik spoofing dengan “terbang” ke portal-portal strategik dan membuat field besar dan ianya bukanlah sesuatu yang bermaruah sehinggakan ada antara mereka berbangga sambil melakukan laporan situasi (sitrep) walau dengan menggunakan kaedah penipuan.

Anomaly biasanya suatu yang ditunggu-tunggu oleh pemain Ingress yang tegar atau hardcore kerana disitulah mereka akan membuat atau membuktikan keberkesanan taktik mereka ketika bermain Ingress dengan adanya lawan. Salah satu lagi, waktu anomaly juga umpama pertemuan sosial antara pemain berlawanan dan ada kalanya juga mereka yang bertemu jodoh dalam Ingress. Tidak mustahil semua itu. Sekiranya anda ingin mengetahui acara-cara atau pun events Ingress sekitar negara anda, anda bolehlah melayari laman ini:

Buat semua di luar sana, kalau mahu bermain Ingress jangan lupa pilih biru atau Resistance dan setelah mencapai level 8, klik lah laman ini:
Lepas tu klik di sini untuk pendaftaran selanjutnya iaitu pendaftaran bagi Resistance (bagi memudahkan pemain-pemain dibahagikan ke kumpulan-kumpulan) dan juga pemberitahuan partisipasi pemain dalam Ingress kerana sebelum ini ada pemain mendapat medal walau tanpa datang ke anomaly jadi kali ini lebih adil kepada mereka yang bersusah payah untuk datang. Sekali lagi kalau anda kata yang anda harcore gamer, cubalah bermain Ingress dengan pergi ke playstore atau pun appstore serta cuba bermain permainan ini…. Bagi Resistance, sekarang ini sedang berlangsung cabaran Mission Impossible cuma menggunakan scanner Prime dan ingin ketahui lebih lanjut, sila ke laman ini:
Serta satu cabaran lagi bermula seminggu ini semenjak semalam jam 1.00 pagi iaitu ini:
Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi? Muat turun sekarang dan cuba lah… sila ping saya @EFyu di comm scanner anda dan beritahu yang anda telah bermain permainan ini. Sekian.
Tinggalkan Jawapan