Nasi Lemak Bro Jul

Pintu masuk

Baru kali ini ada peluang kemas kini blog post yang baharu. Ya, seperti tajuknya ianya berkaitan dengan makanan. Nasi Lemak Bro Jul adalah tempat makan baharu di Kota Kinabalu. Sudah dua kali aku berkunjung ke situ dan sering tidak menghampakan selera aku. Harganya amat berpatutan dengan porsi hidangan yang cukup banyak. Ianya dipunyai oleh komposer terkenal iaitu saudara Julfekar yang sememangnya asal Sabah bersama isterinya, Min Yasmin yang juga seorang penyanyi R&B Malaysia dan sudah mencipta nama di Filipina mendendangkan lagu bahasa Tausug (Sinug), Melayu, Inggeris, Bajau dan Tagalog.

Kali pertama aku menjejakkan kaki di sana adalah pada 19hb Ogos 2021 kerana berasa lapar yang amat sangat kesan vaksin dari Pfizer-Biontech. Setelah lama mereka beroperasi barulah aku berpeluang ke sana lepas sanak saudara sibuk mengepos di Facebook tentang kunjungan mereka di sana. Apa lagi telan air liur saja lah dan lokasi restoran atau boleh aku katakan kiosk tersebut tidak lah aku temui pada mulanya.Kerana perasaan lapar yang amat sangat aku berjaya jejaki juga.

Buat masa ini mereka tumpukan kepada nasi lemak sahaja seperti nasi lemak rendang daging, nasi lemak kari ayam, nasi lemak sambal sotong dan nasi lemak ayam berempah. Harga pun dari RM7.50 ke RM10.00 (harga di restoran). Ada juga hidangan lain seperti Jemput Jemput (cekodok) dan bubur (belum disediakan lagi). Sementara minuman adalah kopi dan teh (percuma free flow) serta air mineral. Favorit aku adalah nasi lemak rendang daging kerana dagingnya yang lembut dan rasa pedasnya tahap ngam kata orang. Menurut bro Jul, sambal sotong dan rendang daging mendapat permintaan tinggi dari pelbagai bangsa. Kawalan kualiti juga dijaga oleh bro Jul. Dia tidak mahu pelanggan merasa makanan dihidangkan mereka tidak menepati kualiti rasa dan beliau sendiri menjaga kualiti tersebut.

Menu nasi lemak

Kita boleh makan dalam restoran tersebut dan pastikan untuk memeriksa suhu serta mengimbas aplikasi MySejahtera di Kod QR yang disediakan. Tapi paling bagus buat masa ini adalah bawa pulang atau “tapau”. Restoran tersebut adalah kecil dan mereka sudah merancang memperbesarkannya dengan membuka ruang di sebelah sahaja.

Bercerita semula tentang nasi lemak rendang daging, kalau makan terbayang pula masa raya. Yalah kan masyarakat kita menghidangkan rendang masa perayaan sahaja. Aku berjaya menghabiskan 2 porsi hidangan kerana tahap lapar yang parah. Nasi nya pula menggunakan beras wangi. Hinggakan ada pelanggan bertanya kalau mereka tak rasa rugi dengan porsi hidangan seperti itu. Memang lucu juga mendengar kisah pelamggan-pelanggan mereka. Bro Jul dan Min Yasmin sememangnya ramah dengan setiap orang.

Nasi lemak rendang daging

Aku ada cuba juga nasi lemak kari ayam dan sambal sotong. Sambal sotong adalah pedas dari rendang daging dan mereka menggunakan sotong manis kata kami. Rasa pedasnya amat sesuai dengan sotong tersebut. Memang berbaloi dan tidak akan rasa rugi sedikit pun.

Nasi lemak kari ayam setelah digaul oleh orang kuat makan.

Kalau korang dah lapar, korang boleh pesan melalui panggilan telefon pada nombor 011-25350456 dan waktu operasi dari jam 10.00 pagi hingga 6 petang tetapi, ada tapinya selalunya makanan akan habis sebelum jam 2.00 atau 3.00 petang kerana mereka meletakkan target jualan dalam kuantiti tertentu sahaja. Serta hari perniagaan adalah Isnin hingga Sabtu sahaja kerana mereka melakukan aktiviti penulisan lagu dan bro Jul sendiri melakukan aktiviti amal pada hari Ahad. Atau anda juga boleh memesan melalui aplikasi Grab Food atau Food Panda.

Dalam aplikasi Grab Food

Lokasi restoran:

NASI LEMAK BRO JUL (Asia City Kota Kinabalu Sabah)

011-2535 0456

https://goo.gl/maps/kC34n75vXgRxkZnf9 (Google Maps)

Facebook

Instagram: @nasilemakbrojul

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: