Bigfoot Dan Pengalamanku

Bigfoot atau Si Kaki Besar merupakan haiwan yang dikatakan merupakan haiwan mistik atau pun juga disebut sebagai haiwan cryptozoology yang masih menjadi misteri kerana ada pihak menyangkal kewujudannya dan ada yang mengiyakan. Kebanyakan bukti sering disangkal kerana ada yang mengatakan ianya sebagai satu hoax atau penipuan. Bigfoot dipanggil dalam banyak gelaran di serata dunia. Antara gelaran dan panggilan adalah:

1. Bigfoot, Sasquatch (Amerika Utara)

2. Kaptar, Biabin-Guli, Grendel, Ferla Mohir, Brenin Ilwyd (Eropah)

3. Ngoloko, Kikomba (Afrika)

4. Yeren (China)

5. Yowie (Australia)

6. Mapinguari (Amazon Amerika Selatan)

7. Yeti, Mawas (Asia)

Orang Mawas merupakan gelaran terkenal di Malaysia dan di Sabah, ianya dipanggil sebagai Kagiu oleh suku Dusun. Sekiranya ianya tidak wujud, mengapakah ada gelaran-gelaran tersebut? Sama juga seperti naga. Tapi kita ketepikan kisah mengenai naga. Di sini saya ingin mengimbas kembali pengalaman aku terserempak dengan makhluk tersebut. Ianya berlaku sekitar pertengahan 90an di Tawau, Sabah. iaitu sewaktu tinggal di Taman Ria 11, Jalan Utara, Tawau.

Mulanya, adik aku 2 orang terlihat makhluk tersebut dan menyatakan telah melihat manusia berbulu. Masa tersebut yang rumah kami belum siap 100% dan bahagian belakang adalah terbuka dan boleh dilihat kawasan hutan ditempat tersebut.Lokasi rumah kami waktu itu adalah disini

https://goo.gl/maps/wZsPabHMxUbXviLU6

This image has an empty alt attribute; its file name is screenshot-2020-12-07-at-1.37.30-am-1.png

Ayah kami menanam beberapa pokok buah-buahan di situ dan jiran kami juga menanam pokok mangga yang memang ranum sewaktu musim buah-buahan. Mulanya aku tidak percaya dengan kenyataan kedua adik ku.Dan seorang lagi adik perempuan juga terlihat makhluk tersebut dan dia menyatakan yang makhluk tersebut berbulu. Untuk makluman semua, pada zaman tersebut kami tidak mempunyai telefon bimbit apatah lagi kamera digital.Bukti bergambar amatlah payah untuk diambil kerana filem haruslah ada dan kamera biasa sering dibawa oleh ayah ke tempat dia bertugas.

Hinggalah suatu waktu yang ketika itu aku bersendirian di rumah (kebetulan?). Aku pergi mengambil air di belakang rumah kerana waktu itu, tandas adalah terpisah dengan rumah. Sewaktu aku melangkah selepas mengambil air, aku terpandang ke belakang rumah jiran sebelah.Aku tergamam dan terkejut, aku terlihat satu makhluk berbulu sedang cuba mencapai buah mangga jiran. Aku sempat bertentang mata dengan makhluk itu dan ia mengangkat kening kepada ku dan wajahnya persis manusia cuma dilitupi bulu.Bulu roma ku merinding kerana aku belum pernah lihat makhluk sedemikian rupa. Fikiran ku berputar ligat cuba mencari jawapan apakah makhluk tersebut. Aku terfikir “bigfoot”. Iya, ianya adalah bigfoot.Makhluk tersebut berpaling dan memandang ke arah atas dan kepala ku juga berpaling ingin melihat apakah yang diperhatikannya, ternyata ada satu makhluk yang lebih tinggi dan besar berada di atas pokok sedang berdiri memegang dahan pokok.

Tinggi makhluk itu sekitar 6 kaki dan rakannya lebih kurang 8 kaki. Sesuatu yang menyeramkan dan mengagumkan bagi aku. Seram kerana tidak pernah lihat benda seperti itu dan kagum kerana akhirnya aku melihat sendiri makhluk yang dinyatakan oleh adik-adik ku.Hasil google, hampir sebeginilah wajah makhluk tersebut.

Hasil pengamatan aku, aku langsung turun ke bandar Tawau untuk menyewa komputer berinternet di kedai Top 10 yang masih menggunakan dial-up untuk melancarkan internet. Hasil carian Netscape, aku taip bigfoot dan ternyatalah yang ianya adalah benar dengan apa yang aku lihat tadi. Sewa internet RM8 untuk sejam waktu tu. Almaklumlah yang ada internet cuma orang berkemampuan sahaja.

Aku menelefon ibu ku di Kota Kinabalu, dan ianya menyatakan yang aku telah terlihat Kagiu. Masa tu guna public phone lah apa lagi. Kesimpulan yang aku buat adalah, ianya memang wujud. Andainya aku masih berpeluang ke sana, aku akan cuba ekspedisi untuk mencari makhluk tersebut dan ingin tahu bagaimanakah aktiviti sosial mereka. Apakah seperti manusia atau sebaliknya? Apakah anda pernah melihat makhluk ini?

Sumber:

Travel Oregon – https://traveloregon.com/things-to-do/trip-ideas/favorite-trips/bigfoot-lovers-guide-to-oregon/

Misteri Alam Nusantara – http://misterialamnusantara-taufikrasip85.blogspot.com/2012/01/misteri-bigfoot.html

Leave a Reply

Your email address will not be published.