Sang Politikus

Kalau politikus Malaysia mendengar lirik band-band grindcore, pasti ramai yang akan terasa malu kerana lirik-lirik tersebut umpama ludah ke wajah mereka (bagi yang masih ada maruah) serta akan bertambah malu lah lagi mereka kalau faham dan terbaca lirik band Morbid Angel yang menyamakan mereka sebenarnya lebih hina dari syaitan.

Begitulah mendalamnya lirik band-band ekstrim tapi juga band yang tidak ekstrim muzik mereka tapi lirik mereka mengkritik politikus dan kerajaan seperti lagu Latest Trick (Dire Straits) dan No Surprises (Radiohead) dan banyak lagi. Tapi seperti saya katakan tadi yang mereka tidak akan pernah cuba memahami lirik-lirik lagu tersebut. Adakah otak-otak mereka sudah korup dengan kuasa dan pangkat? Atau memang yang terpilih itu kurang akal atau popular dengan panggilan BODOH?

Wang hanyalah kertas yang diletakkan nilai oleh kita dan oleh kerana itu yang ada kumpulan atau indivifu yang inginkan penggunaan emas dalam sistem perdagangan kita kerana emas lebih bernilai dari kertas berwarna tersebut. Nah…. Memang ada juga muzik yang memperjuangkan kehidupan tanpa menjadi hamba duit. Lagu-lagu Bob Marley adalah merujuk kepada utopian freedom dan juga kehidupan tanpa ikatan. Walau perkara ini akan dikatakan sesuatu yang tidak wajar oleh ahli agama kita. Tapi tahukah anda yang ahli agama juga dipengaruhi oleh politikus yang korup tersebut? 

Ahli agama negara kita juga dipengaruhi oleh ahli politikus yang korup (aku tidak katakan semua). Ada juga politikus yang “menyamar” menjadi ahli agama demi “kebahagiaan” poket mereka. Dan ada yang membuat fatwa sesuka hati nan bias. Apabila parti A kata ini mereka kata “itu salah dan haram” dan apabila parti B pula berkata perkara yang sama, mereka akan kata “agama sendiri menuntutnya”. Jadi, aku menyeru diri aku sendiri supaya fikirkan benda ini. Apatah lagi ada politikus membuat kenyataan tentang sesuatu kaum dan bangsa. Apa kamu fikir bangsa kamu adalah bangsa layak memijak syurga????!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.